Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jambatan runtuh ragut 4 nyawa

    QUITO, 23 MAC – Sekurang-kurangnya empat orang maut selepas sebuah jambatan gantung sepanjang 200 meter runtuh di Ecuador, menurut pegawai kerajaan baru-baru ini.

    Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu, empat buah trak, sebuah kereta dan dua motosikal terjunam ke dalam Sungai Magro, kira-kira 50 kilometer di utara pelabuhan Guayaquil.

    Rakaman insiden menunjukkan sebuah trak hampir terjatuh dari penghadang jambatan, manakala sebahagian besar struktur jambatan telah tenggelam di dalam sungai.

    “Mayat empat individu yang sebelum ini dilaporkan hilang telah ditemui,” kata Sekretariat Nasional Pengurusan Risiko menerusi hantaran di platform X. Pasukan penyelamat kini sedang berusaha mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang.

    Jambatan tersebut berperanan penting dalam menghubungkan wilayah Guayas, lokasi Guayaquil, dengan wilayah lain di bahagian utara negara itu. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda