Thursday, April 24, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jambatan Wakaf Bersatu dirasmi

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Penduduk kampung di Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor, Mukim Mentiri, baru-baru ini telah menyaksikan majlis perasmian Jambatan Wakaf Bersatu Simpang 60 dan 66 di Jalan Bukit Sinadur, kampung berkenaan.

    Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Kampung Kawasan 4, Awang Faidil Rosemady bin Mohamad.

    Terdahulu, Doa Selamat telah dibacakan oleh belia kampung berkenaan, Awang Muhd Iqbal bin Minen.

    Jambatan itu merupakan hasil daripada sumbangan wakaf penduduk kampung yang prihatin dan diharapkan dapat memberi manfaat berpanjangan serta ganjaran pahala kepada semua.

    Pembinaan jambatan tersebut juga mencerminkan semangat gotong-royong dan nilai kebersamaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat kampung itu.

    Dengan perasmian berkenaan, diharapkan jambatan itu akan menjadi kemudahan yang sangat berguna, bukan hanya untuk memudahkan beribadah ke masjid, tetapi juga sebagai simbol kebersamaan dan usaha kolektif dalam memajukan kampung tersebut.

    Jambatan tersebut memberi kemudahan kepada pengguna berulang-alik menuju ke masjid dan kawasan yang berdekatan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Awang Faidil Rosemady bergambar ramai pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda