Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    James Bond pecah masuk kawasan larangan

    Bintang Hollywood Pierce Brosnan dilaporkan memecah masuk kawasan larangan di Taman Negara Yellowstone di Wyoming, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

    Daily Mail melaporkan Pierce, 70, didakwa keluar daripada laluan dibenarkan sebelum masuk ke kawasan kolam air panas Mammoth Terraces yang dilindungi.

    Ia merupakan kesalahan serius peraturan taman negara di AS.

    Susulan itu, bintang filem James Bond berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Wyoming yang difailkan pada Selasa lalu.

    Aktor veteran itu dijadualkan hadir ke mahkamah pada 23 Januari ini bagi sebutan kes di hadapan Majistret Stephanie Hambrick.

    Pengunjung taman negara dengan keluasan 3,500 kaki persegi itu memang tidak dibenarkan keluar daripada laluan pejalan kaki dan denai ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tergelincir memandangkan tanah di kawasan air panas itu nipis dan mudah retak. – Agensi

    Brosnan didakwa tidak mengikut peraturan Taman Yellowstone. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda