Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    James, Davis tidak sertai perlawanan menentang Nets

    LOS ANGELES, 30 JAN – Bintang Los Angeles Lakers, LeBron James dan Anthony Davis tidak akan menyertai perlawanan NBA menentang Nets di Brooklyn, Lakers mengumumkan kelmarin.

    Pada malam pertama perlawanan yang berlarutan, James akan direhatkan kerana kecederaan buku lali kirinya, kata Lakers pada laporan kecederaan mereka.

    Davis, yang baru-baru ini kembali daripada tidak beraksi 20 perlawanan akibat kecederaan kaki kanannya, akan diketepikan ketika pasukan itu terus menguruskan kepulangannya.

    James menjaringkan 41 mata dalam kekalahan menentang Boston Celtics baru-baru ini, selepas itu ketua kru rasmi, Eric Lewis mengakui bahawa pengadil terlepas pandang apabila James dikasari oleh Jayson Tatum yang mana ia boleh menjadi jaringan kemenangan pada penghujung perlawanan.

    Kekasaran itu menyebabkan James melompat dengan kekecewaan, dan rakan sepasukannya Patrick Beverley berlari ke gelanggang dengan kamera untuk menunjukkan bukti tentang kekasaran itu.

    Aksi LeBron James semasa separuh masa kedua perlawanan bola keranjang baru-baru ini. – AP

    Davis berkata selepas perlawanan Lakers ‘ditipu’ dan mencadangkan pengadil harus didenda.

    James menutup mulut selepas pertandingan itu, di mana dia terus menutup rekod penjaring sepanjang masa NBA yang dipegang oleh Kareem Abdul-Jabbar sejak 5 April 1984.

    James memerlukan 117 mata untuk melepasi rekod Abdul-Jabbar iaitu 38,3-87 mata.

    Juara NBA empat kali itu mencatat purata 30.2 mata, 8.5 rebounds dan 7.1 assists setiap perlawanan musim ini.

    Selepas perlawanan kelmarin di Brooklyn, Lakers akan menentang New York Knicks di Madison Square Garden pada Selasa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda