Wednesday, February 12, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    James hujani 57 mata ke atas Wizards

    WASHINGTON, 5 Nov- Pemain MVP empat kali, LeBron James mencatatkan 57 mata bagi persembahan jaringan kedua terbaik sepanjang kerjayanya ketika pasukan Cleveland Cavaliers menang 130-122 ke atas Washington Wizards.

    James juga menghasilkan 11 ‘rebound’ dan tujuh asis semalam bagi Cavaliers, yang membuat lontaran 56 peratus dari gelanggang dan memperbaiki kedudukan kepada 4-5 musim ini.

    Pemain dari AS itu, menghasilkan 23 dari 34 lontaran, termasuk dua ‘three-pointer’ dan menyudahkan kesemua sembilan lontaran bebas di depan 20,100 penonton di Capital One Arena di ibu negara AS.

    “Saya tidak mahu meletakkan diri saya dalam kedudukan tinggi. Saya tidak mahu memberikan diri saya kap,” kata James, yang merekodkan 50 mata pertamanya sejak kembali ke bandar kediamannya, Cavaliers. “Saya mahu menjadi pemain bola keranjang yang lengkap sebaiknya.”

    Derrick Rose menambah 20 mata bagi Cavaliers, yang tewas tiga perlawanan ketika kekalahan empat perlawanan mereka dengan dua digit.

    Kedua buah pasukan bergelut untuk berada dalam perlawanan itu ketika Wizards hanya menambah kesengsaraan mereka, setelah tewas empat dari lima perlawanan terakhir mereka.

    Bradley Beal menjaringkan 36 mata bagi Washington, John Wall 13 mata dan 15 asis ketika Wizards melakukan jaringan 53.6 peratus dari gelanggang.

    James, yang kini beraksi musim NBA ke-15, menamatkan dengan ketinggalan empat mata dari catatan tertingginya, 61 mata, yang dicatatkan pada tahun 2014 ketika bertemu Charlotte Bobcats. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda