LOS ANGELES, 28 Feb – LeBron James mengetepikan kesakitannya untuk mencatatkan 24 mata ketika pasukan Cleveland Cavaliers menewaskan Milwaukee Bucks 102-95 semalam.
Pemain MVP bagi final NBA, James, menambah 10 ‘rebound’ dan enam asis ketika Cleveland kembali bangkit daripada kekalahan pada Sabtu lalu kepada Chicago untuk mengukuhkan tempat mereka di tangga teratas Eastern Conference.
Pasukan Cavaliers memperbaiki kedudukan kepada 40-17 dengan kemenangan ketika Cleveland melengkapkan bulan Februari dengan kukuh yang menyaksikan mereka mengumpulkan rekod 9-2 bulan ini.
Jurulatih Cleveland, Tyronn Lue berkata aksi kembali James adalah penting.
Pasukan Cavs mendahului 0-4 pada malam di mana James tidak beraksi musim ini.

“Bagaimana keadaan pasukan tanpa pemain terbaik mereka,” kata Lue. “Dan dengan kedudukannya sebagai pemain terbaik dunia, dia membawa banyak sumbangan kepada pasukan kami.
“Dia adalah pemenang. Sesiapa pun yang beraksi di Final sebanyak enam kali berturut-turut adalah pemenang. Dia menjadikan semua orang lebih baik, termasuk saya.”
James sementara itu menyuarakan rasa puas hati terhadap kebangkitan Cleveland pada Februari.
“Februari sudah berakhir? Ya,” kata James. “Ia adalah bulan yang hebat bagi pasukan kami. Kami baru sahaja beraksi dengan bola keranjang dengan baik. Kami kembali kepada permainan Cavalier dan kepada DNA kami, jadi ia banyak membantu.”
Kyrie Irving mendahului jaringan dengan 25 mata dan sembilan asis, perlawanan kesembilan berturut-turutnya dengan sekurang-kurangnya 20 mata.
Williams (14) dan Kyle Korver (13) juga menyumbangkan mata berguna dari bangku simpanan, di samping Richard Jefferson yang menambah 11 mata. – AFP