Sunday, December 1, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jamie Dornan hampir maut digigit serangga

    Pelakon Jamie Dornan hampir maut selepas digigit serangga berbisa ketika bercuti di Sepanyol baru-baru ini.

    Ketika kejadian, bintang filem Fifty Shades of Grey itu sedang bermain golf bersama rakannya sebelum secara tidak sengaja menyentuh serangga berkenaan.

    Pada awalnya dia hanya mengalami kesemutan di bahagian tangan kiri namun mengambil keputusan ke hospital menggunakan Uber selepas degupan jantungnya menjadi kencang.

    Bagaimanapun Jamie tiba-tiba rebah sebelum jatuh pengsan, ketika sedar sudah berada di atas katil hospital.

    Dalam pada itu, Jamie memberitahu dia mungkin mengalami serangan jantung yang boleh meragut nyawa sekiranya lambat mendapatkan rawatan.

    Selepas membuat carian di Google mengenai serangga berkenaan, rupanya seorang lelaki berusia 40an pernah menjadi mangsa sehingga mengalami serangan jantung.

    Malah seekor anjing yang ditemui mati di padang golf sama rupanya disebabkan digigit serangga sama.

    Kejadian itu menyebabkan Jamie berasa trauma bermain golf dan bercuti ke Sepanyol. – Agensi

    Jamie Dornan trauma mahu bercuti ke Sepanyol. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda