Sunday, July 7, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Jamie Foxx koma 20 hari angkara pil tidur

    Bagai mati hidup semula, pelakon Jamie Foxx mendedahkan dia terlantar koma selama 20 hari di hospital selepas mengambil pil tidur secara berlebihan.

    Kata Jamie, 56, dia langsung tidak mengingati apa-apa perkara yang berlaku selepas bangun daripada koma itu.

    “Saya mengalami sakit kepala yang teruk, kemudian minta kawan saya beri ubat tidur. Selepas itu, saya hilang selama 20 hari dan langsung tidak ingat apa-apa. Mereka memberitahu saya kakak dan anak perempuan saya yang bawa saya ke hospital,” katanya.

    Enggan mengulas lanjut mengenai penyakitnya kepada umum, Jamie hanya memberitahu ada yang sesuatu yang tidak kena pada bahagian kepalanya.

    “Doktor beritahu ada yang tak kena di atas sana (kepala), tetapi saya tak mahu bercerita depan kamera,” ujarnya.

    Sementara itu, pelakon filem Ray itu menyifatkan pengalaman terlantar koma sebagai satu momen yang cukup menyeksakan.

    Namun begitu, dia tetap bersyukur kerana dirinya semakin pulih meskipun emosinya terganggu susulan insiden berkenaan.

    “Apa yang saya lalui seperti saya ke neraka dan kembali. Walaupun sukar tetapi saya sedang cuba pulih. Mereka melihat saya di luar mungkin gembira tetapi sekali-sekala saya tiba-tiba menangis kerana sangat susah. Saya sakit,” jelasnya. – Agensi

    Jamie tidak ingat apa-apa setelah bangun dari koma. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...