Tuesday, December 17, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jamie Foxx masuk hospital cedera dibaling kaca

    Pelakon Jamie Foxx menerima rawatan di hospital akibat terkena serpihan kaca di muka semasa menyambut ulang tahun kelahirannya di sebuah restoran di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

    Wakil kepada pelakon itu memberitahu Jamie pada ketika itu sedang menyambut ulang tahun dan secara tiba-tiba seseorang membaling gelas ke arah Jamie.

    “Seseorang dari meja lain membaling gelas dan mengenai bahagian mulut Jamie.

    “Jamie terpaksa mendapatkan jahitan dan kini dia semakin pulih, laporan polis telah dibuat dan kes ini akan disiasat mengikut undang-undang,” katanya.

    Sementara itu, Balai Polis Beverly Hills (BHPD) berkata kejadian itu berlaku disebabkan pertengkaran fizikal antara mangsa dan pelaku.

    “Insiden ini melibatkan pertengkaran fizikal antara mangsa dan pelaku. Kami telah menjalankan siasatan awal dan tiada tangkapan dibuat,” ujarnya.

    Menerusi satu hantaran di Instagram, Jamie turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang telah membawanya ke hospital.

    “Terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang saya serta mendoakan saya.

    “Ini semua berlaku akibat orang terlalu dengki dengan kejayaan yang saya kecapi,” luahnya. – Agensi

    Jamie dikejarkan ke hospital selepas dibaling kaca.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda