BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah bahawa masyarakat di Brunei meneruskan kelangsungan hidup dengan penuh berperlembagaan dan berundang-undang, di mana semua hak adalah terpelihara dan dihormati.
“Bukan seperti tukang jaja retorik yang menjaja atas nama ‘hak asasi manusia’, sedang dalam masa yang sama mereka mendiamkan diri terhadap penindasan dan pembunuhan sewenang-wenangnya.
“Ini bukan Brunei. Budaya Brunei tidak bermain retorik, tetapi semata-mata mengutamakan dan mengagungkan ‘kebenaran’, kerana kebenaran itulah nilai tertinggi lagi suci,” titah Baginda lagi pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, hari ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)