BEIJING, 4 APRIL – Beberapa jabatan di pelbagai peringkat diharap bertindak pantas melaksanakan mobilisasi sumber untuk meningkatkan penglibatan dalam penghijauan di bawah skim pembangunan hijau, membudayakan ekologi indah, dan menjana impak sosial demi pelaksanaan wawasan ‘China Indah’.
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping, ketika mengikuti aktiviti sukarela menanam pokok di sini kelmarin.
Beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis China berkata litupan hutan di seluruh negara telah melepasi paras 25 peratus setakat ini, manakala hampir 25 peratus penghijauan baharu di persada dunia merupakan sumbangan China.
Untuk perincian, ‘skarf hijau’ telah diwujudkan di padang pasir Taklimakan hasil usaha gigih, manakala landskap padang rumput di dataran pasir Horqin turut menunjukkan pemulihan ketara.
Xi menekankan tiga perkara dalam kempen penghijauan di tanah air, iaitu mengoptimumkan struktur perhutanan, merancakkan ekonomi perhutanan, dan mempertingkat kualiti ekologi padang rumput; memanfaatkan sumber hutan dan rumput dan mengembangkan industri berkenaan serta memperluas peluang kerja dan mempertambah pendapatan dalam industri terbabit. – Bernama
