Friday, May 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jana nilai, kerja untuk tempatan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian bukan sahaja berminat dalam mengimbangkan impak daripada medan minyak yang semakin matang dan meningkatkan simpanan hidrokarbon tetapi ia juga memberikan keutamaan kepada penjanaan nilai, pekerjaan untuk warga tempatan dan industri bagi mempelbagaikan ekonomi serta kesejahteraan negara.

    Oleh itu, pembangunan sektor minyak dan gas negara diharap akan membuka peluang baharu bagi industri tempatan, penyedia perkhidmatan dan tenaga kerja tempatan di mana pemindahan teknologi dan kepakaran tinggi dalam bidang berkenaan akan menjana peluang bagi keupayaan yang baharu untuk negara dan menjana peluang-peluang sampingan.

    Dalam hubungan itu, adalah amat penting bagi perusahaan-perusahaan tempatan untuk memanfaatkan peluang yang ada itu dan pada masa yang sama, menggalakkan perusahaan antarabangsa yang berminat untuk meneroka peluang kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan untuk menjalankan operasi mereka di Brunei bagi membangunkan kapasiti berkenaan serta menubuhkan kegiatan penyelidikan dan pembangunan di negara ini dalam bidang teknologi laut dalam.

    Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Tetap (Tenaga) di Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Haji Azhar bin Haji Yahya ketika berucap pada perasmian Simposium Laut Dalam Borneo yang berlangsung di Dewan Indera Kayangan, Empire Hotel and Country Club, Jerudong, hari ini.

    Di samping usaha untuk mengembangkan dan meneroka peluang berpotensi dalam industri huluan dan spinoffs, pembangunan hiliran perlu berkembang selaras dengan usaha mengembangkan dan menjana pertumbuhan industri-industri baharu seperti Kompleks Loji Penapisan minyak dan Petrokimia di Taman Perindustrian Pulau Muara Besar yang akan beroperasi pada hujung 2019.

    Haji Azhar menyampaikan ucapannya semasa perasmian Simposium Laut Dalam Borneo yang berlangsung di Dewan Indera Kayangan, Empire Hotel and Country Club, Jerudong, kelmarin.
    Antara yang menghadiri Simposium Laut Dalam Borneo.

    Pertumbuhan dalam hiliran sektor minyak dan gas serta industri-industri baharu akan memandu permintaan tenaga Negara Brunei Darussalam dan untuk memastikan pertumbuhan tenaga mampan, Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian akan meneroka ke dalam bidang tenaga yang boleh diperbaharui serta juga mengambil langkah-langkah ke arah meningkatkan produksi minyak dan gas.

    Haji Azhar menyatakan bahawa sebagai langkah pertama, kementeriannya akan meneroka pembangunan rintis Loji Jana kuasa Solar Photovoltaic 30 Megawatt di tanah seluar 36 hektar untuk meningkatkan gabungan tenaga boleh diperbaharui negara kepada 3.5 peratus daripada unjuran permintaan tenaga bagi 2035 dengan perancangan untuk meningkatkan lagi jumlah berkenaan pada masa hadapan.

    Dalam hubungan itu, ulasnya, terdapat beberapa peluang untuk diterokai dan pihaknya mengalu-alukan perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan serta rakan-rakan kongsi perniagaan antarabangsa untuk memanfaatkan sepenuhnya perkembangan-perkembangan yang akan datang itu.

    Simposium anjuran bersama European Association of Geoscientists and Engineers (EAGE) dan Society of Petroleum Engineers (SPE) dengan membawa tema ‘Sinergi Bagi Pembangunan Mampan’ itu berjalan selama dua hari bermula hari ini dan ia dihadiri oleh lebih 130 orang delegasi daripada 29 buah organisasi dari tujuh buah negara yang membincangkan mengenai usaha kerjasama dalam bidang laut dalam.

    Simposium itu juga menjadi platform yang bersesuaian bagi pihak-pihak industri yang berkepentingan untuk berkongsi peluang dan cabaran dalam penerokaan serta pengeluaran laut dalam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/