Friday, May 16, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aroma Kupi Tu Wa Ga pikat penggemar

    Oleh Nurdiyanah R. –

    Aromanya menusuk jiwa! Begitulah kenikmatan yang dirasai oleh penggemarnya apabila menghirup secawan kopi panas mahupun sejuk. 
     
    Tidak kira penggemar lelaki atau wanita, menikmatinya bagaikan penyeri kehidupan lebih-lebih lagi dalam semasa memulakan kegiatan harian sehingga ia sudah menjadi gaya hidup seseorang. 
     
    Hanya insan pencinta kopi yang tegar lebih memahami betapa nikmatnya secawan kopi itu apabila terhidang di depan mata, umpama suasana hati yang suram menjadi cerah kembali. 
     
    Hakikatnya, jika secawan kopi dinikmati di mana-mana kafe, ia bukan sekadar minuman semata-mata tetapi ia juga memiliki suatu seni yang mengadunkan rasa, aroma dan kreativiti yang diserlahkan oleh insan yang bernama barista. Golongan ini bukan hanya bertugas untuk membuat kopi atau sentuhan minuman-minuman lain bahkan mereka juga bagaikan seorang seniman kopi demi memenuhi cita rasa para pelanggannya. 
     
    DI SEBALIK KUPI TU WA GA
     
    Penulis memerhatikan barista menerima setiap pesanan pelanggan dengan ramah, sambil tangan mereka bergerak pantas menyiapkan tempahan sebelumnya. Mereka fokus dan teliti memegang cawan bagi menciptakan aroma kopi yang memikat. 
     
    Antara jenis minuman berasaskan teh seperti Teh Hijau atau Matcha dan Teh Thailand dan minuman coklat. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Pengasas Kupi Tu Wa Ga, Awang Muhammad Haziq (kanan). – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Salah satu sentuhan kopi yang diketengahkan oleh Awang Muhammad Haziq. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Sambil menunggu giliran tempahan, penulis berkesempatan menemui salah seorang insan di sebalik mesin brewing berkenaan untuk menyelami detik-detik penglibatannya dalam bidang perniagaan tersebut. 
     
    Selaku Pengasas Kupi Tu Wa Ga, Awang Muhammad Haziq bin Marsini mengongsikan saat menanti peluang pekerjaan tetap, di situlah tercetusnya ilham bersama ahli keluarga untuk menjalankan perniagaan yang berasaskan pembuatan minuman kopi.
     
    Jelasnya, beliau bersama ahli keluarga dan sahabat telah menceburi bidang itu secara sepenuh masa sejak 2019 lagi yang kebiasaannya dilakukan secara home-based mengikut tempahan tertentu, di samping mengikuti pelbagai acara di negara ini seperti ekspo mahupun vendor berkontrak. 
     
    Antara jenis kopi yang dihasilkan ialah Kopi Hitam, Kopi Susu, Kopi Susu Berperisa, Manual Brew Coffee dan Vietnamese Coffee sebagai signature coffee. 
     
    Namun untuk mempelbagaikan sentuhan produk khususnya bagi yang bukan penggemar kopi, insan berusia 30 tahun itu juga mengetengahkan jenis minuman berasaskan teh  seperti Teh Hijau atau Matcha dan Teh Thailand dan minuman coklat dan berkarbonat berperisa seperti mocktail. Selain itu, roti bakar juga menjadi salah satu produk sampingan untuk para pelanggan. 
     
    DORONG DIRI MANTAPKAN KEMAMPUAN
     
    Apabila diajukan soalan mengenai kepakaran pembuatan minuman kopi yang diperolehi sebelum menceburi bidang berkenaan, Awang Muhammad Haziq berkata sejujurnya beliau banyak mempelajari melalui internet di samping belajar daripada kawan-kawan yang sudah mahir. 
     
    Begitu juga, pemantapan teknik bidang ini juga diperolehi dengan mengikuti kursus sebelum memberanikan diri menjalankan perniagaan tersebut. 
     
    “Belajar dan terus belajar itulah prinsip yang saya pegang untuk menjadi seorang barista dari semasa ke semasa. 
     
    Pastinya dalam menghasilkan setiap minuman kopi yang berkualiti kepada para pelanggan, antara perkara yang sering ditekankan ialah pemilihan biji kopi yang berkualiti serta nilai-nilai kebersihan meliputi semua aspek pengendalian seperti alat atau perkakas yang digunakan,” ujarnya lagi yang bakal membuka cawangan tetap di negara ini pada masa terdekat. 
     
    BERANI MENCUBA CAPAI IMPIAN
     
    Dalam pada itu, Awang Muhammad Haziq turut berkesempatan menyarankan kepada masyarakat di negara ini khususnya golongan muda untuk jangan sesekali takut untuk melakukan percubaan terhadap sesuatu yang diminati.
     
    “Sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal, jangan mudah berputus asa jika tidak berhasil dan jangan berhenti berusaha untuk mencapai impian dan paling penting sentiasa membersihkan niat kita kerana Allah,” ujarnya.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/