KOTA BHARU – Peniaga makanan bergoreng di sekitar Kota Bharu mampu memperoleh pendapatan tambahan sehingga ratusan ringgit sebulan melalui hasil jualan minyak masak terpakai. Peniaga cucur dan roti goreng di Kampung Pintu Geng Sahrizar Salleh, 40, berkata dia mula menjual minyak masak terpakai sejak dua tahun lepas di beberapa pusat pengumpulan dengan pendapatan lebih RM250