KUALA LUMPUR, 31 JULAI – Pemain golf dari Thailand, Jazz Janewattananond (gambar bawah) sedia beraksi dalam edisi kedua Kejohanan Golf Sarawak yang dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 18 Ogos ini di Damai Golf and Country Club di Kuching, Sarawak.
Pendahulu Order of Merit Jelajah Asia dengan jumlah AS$738,093 itu bakal bersaing dengan momentum positif dalam kejohanan bernilai AS$300,000, selepas memenangi dua Jelajah Asia musim ini – Terbuka Singapura pada Januari dan Terbuka Korea bulan lepas.
Untuk rekod, Jazz berkongsi tempat kedua dengan rakan sepasukannya Danthai Boonma dan Paul Peterson dari Amerika Syarikat dengan 21 bawah par 267, ketinggalan satu pukulan di belakang juara, John Catlin dari Amerika Syarikat dalam edisi pertama kejohanan musim lepas.
“Saya masih ingat Sarawak merupakan tempat yang sangat bagus. Terdapat pantai yang cantik di sana dan saya gembira bermain di padang golf di sana tahun lepas. – Bernama