Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jang Ki Yong nafi bercinta dengan Son Yeon Jae

    Pelakon Jang Ki Yong tampil menafikan khabar angin yang mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bekas ahli gimnastik berirama, Son Yeon Jae.

    Memetik laporan Soompi, agensi YG Entertainment memberitahu pelakon itu dan Son Yeon Jae tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

    Khabar angin itu timbul selepas kedua-duanya secara kebetulan berkongsi foto di lokasi yang hampir sama ketika Jang Ki Yong berada di Busan untuk penggambaran filem drama Now, We Are Breaking Up.

    “Jang Ki Yong memberitahu yang dia dan Son Yeon Jae tidak pernah mengenali satu sama lain.

    Foto lokasi yang lebih kurang sama itu diambil ketika dia sedang jalani penggambaran drama,” kata agensi tersebut.

    Malah, agensi Son Yeon Jae turut memaklumkan bahawa mereka berdua tidak pernah mengenali antara satu sama lain seperti yang didakwa. – Agensi

    Jang Ki Yong tampil menafikan khabar angin yang mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bekas ahli gimnastik berirama, Son Yeon Jae. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda