Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Jangan abaikan masalah hutang

    Setiap kali kita menunaikan solat fardu Jumaat, jemaah yang hadir sudah pasti tidak asing lagi dengan pengisian khutbah disampaikan oleh khatib yang penuh makna dan pengajaran.

    Topik yang disentuh dalam khutbah khasnya di negara ini adalah pelbagai, terkadang menyentuh perkara ibadah dan amal, peristiwa bersejarah sehinggalah hari-hari kebesaran Islam dan kebangsaan.

    Namun, terdapat satu isu yang seolah-olah diabaikan meskipun ia signifikan bagi kesejahteraan umat Islam lebih-lebih lagi masyarakat di negara kita yang sering terikat dengan perkara hutang.

    Daripada sudut perspektif Islam, jika seorang muslim meninggal dunia dalam keadaan syahid dan masih berhutang, dia tidak akan dibenarkan masuk syurga. Bahkan dalam satu riwayat hadis menyebutkan bahawa hatta Rasulullah SAW sendiri pernah enggan menyembahyangkan jenazah yang masih berhutang, walaupun hutangnya hanya satu dirham atau satu dinar.

    Di samping itu, perbuatan menagih hutang adalah satu kewajipan dan melunaskannya lebih diutamakan. Allah SWT menganggap orang yang berhutang seolah-olah seorang pencuri di akhirat, di mana harta atau wang yang dimilikinya tidak lagi bernilai.

    Justeru, jika si pemiutang meninggal dalam keadaan berhutang dan tidak mendapat pertolongan daripada keluarga atau saudaranya, maka rohnya akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga hari pembalasan.

    Kendatipun demikian, pihak berkuasa perlu lebih giat menyampaikan sekali gus memberikan pencerahan berhubung isu ini sama ada melalui anjuran program-program keagamaan di corong-corong radio dan televisyen, ceramah-ceramah dan tazkirah di masjid, surau serta tempat ibadat lainnya yang bukan hanya diadakan setahun sekali, malah sepanjang tahun atau lebih baik lagi diadakan sebulan sekali.

    Tuntasnya, segala keraguan dan ketidakfahaman tentang perkara hutang harus dijelaskan dan diberikan penerangan lebih lanjut agar fenomena ‘pinjaman ah long’ di negara kita ini akan berkurangan dan dibanteras sepenuhnya. Semoga rakyat dan penduduk kitani tidak tergolong sebagai mangsa yang menderita akibat hutang. Amin, Ya Rabb, Ya Mujiib.

    Ugan Brunei

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Syarikat penerbangan Sri Lanka tanggung rugi hampir AS$2 bilion

    COLOMBO, 7 NOV – Presiden Sri Lanka, Anura Kumara...

    Tolong diam, hormati khutbah Jumaat!

    Minggu lalu, ketika saya menghadiri solat Jumaat di sebuah...

    Pengorbanan sia-sia

    Aku sudah bertahun-tahun cuba membangunkan bisnes kecil ini. Bermula...

    Guru pemangkin generasi berilmu dan berakhlak mulia

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...