Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

‘Jangan ambil kesempatan musim perayaan’

-

BERA, 17 APRIL – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan pengendali syarikat penerbangan agar tidak mengambil keuntungan secara berlebihan dengan menaikkan harga tiket ke Sabah dan Sarawak terlalu tinggi pada musim perayaan ini.

Menurutnya berdasarkan laporan media, harga tiket berkenaan dikatakan naik sehingga 500 peratus pada musim perayaan, dan beliau menyifatkan ia sebagai ‘agak melampau’ kerana rakyat tidak mempunyai alternatif untuk ke negeri-negeri berkenaan selain dengan menaiki kapal terbang.

Sehubungan itu perdana menteri berkata beliau telah meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk meneliti jika berlaku perlanggaran di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 berhubung kenaikan harga itu.

“KPDNHEP perlu tegas terhadap mana-mana pihak, tidak kira syarikat besar atau kecil yang mengambil untung berlebihan di bawah AKHAP… tindakan segera perlu diambil untuk menjaga kepentingan rakyat. Kita tidak akan membiarkan peniaga mengambil kesempatan pada waktu (sambutan) Hari Raya atau puasa untuk memberi tekanan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pasar raya MG CoopMart milik Koperasi Pekebun Kecil Daerah Bera Berhad (Kopbera) dan Jualan Harga Murah Semarak Ramadan Keluarga Malaysia Parlimen Bera di sini hari ini. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -