Jangan ambil mudah saingan jiran jiran

KUALA LUMPUR, 19 JULAI – Malaysia tidak boleh memandang mudah saingan Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 walaupun kumpulan itu disifatkan umpama ‘pesta Asean’ apabila empat daripada lima negara di dalamnya terdiri daripada negara-negara dalam kelompok Asia Tenggara.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata tiga negara jiran dalam kumpulan itu (Indonesia, Vietnam dan Thailand) mempunyai kekuatan masing-masing, dan walaupun skuad Harimau Malaya pernah menang dalam pertembungan dengan setiap mereka, ia juga pernah tewas.

“Ia bagaikan fiesta Asean, tapi kita tidak boleh ambil perkara ini dengan mudah. Pasukan-pasukan dari negara ASEAN ini agak kuat dan kita pernah berentap sebelum ini. – Bernama