Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan ambil tindakan sendiri

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Pasukan Polis Diraja Brunei menegaskan kepada orang ramai supaya tidak bertindak sendiri tanpa merujuk kepada pihak penguat kuasa dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri.

    Kenyataan ini dibuat berikutan maklumat dan gambar yang telah disebarkan melalui media sosial mengenai seorang lelaki yang dipercayai sebagai suspek yang mencurigakan dan telah dipukul oleh orang ramai.

    Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataannya turut menekankan bahawa pihak mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana orang yang melakukan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang.

    Mana-mana tangkapan orang awam hendaklah diserahkan ke balai polis yang berhampiran atau menghubungi dengan segera pihak polis, menurut kenyataan itu lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda