
Sekumpulan pembantah bertempur dengan orang awam di sebuah jalan semasa bantahan di Hong Kong semalam. Jurucakap China, Yang Guang (gambar sisipan atas) memberi amaran tegas dari kerajaan pusat, China terhadap pembantah hari ini. – AP
BEIJING, 6 OGOS – China memberi amaran ‘mereka yang bermain api akan binasa kerananya’ ditujukan kepada penunjuk perasaan Hong Kong, menambah bahawa kekuatan padu kerajaan pusat tidak seharusnya dipandang ringan.