MILAN, 2 MAC – Fiorentina semalam meminta penyokong mereka supaya mengelak teriakan berbaur rasis ketika mereka bersedia untuk beraksi dalam pusingan pertama separuh akhir Piala Itali menentang Juventus dan pemain lama, Dusan Vlahovic.
Perlawanan pada hari ini akan menjadi kali pertama penyerang Serbia Vlahovic kembali ke Florence sejak meninggalkan Fiorentina untuk menyertai pencabar sengit Juve pada akhir jendela pemindahan bulan Januari.
Dalam satu kenyataan, yang tidak menamakan Vlahovic, Fiorentina meminta ‘peminat supaya menyokong pasukan dengan hati bersemangat dan ikhlas, menunjukkan kasih sayang mereka terhadap pemain kulit hitam sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung sementara mengelak laungan berbaur rasis dan diskriminasi yang tidak kena mengena dengan budaya atau sejarah kami.’
Vlahovic menjadi sasaran peminat Atalanta dengan teriakan rasis memanggilnya ‘gipsi’ pada September, kata makian yang meninggalkan pemain berusia 22 tahun itu, masih pemain Fiorentina ketika itu, hampir-hampir menangis semasa temu bual selepas menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-1.
Insiden itu berlaku sebulan sebelum sekumpulan penyokong Fiorentina memanggil pemain Napoli, Kalidou Koulibaly ‘monyet’ dan juga mencaci Victor Osimhen semasa kekalahan 2-1 kepada pemimpin Serie A sekarang. – AFP
