Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Sembilan individu dan tiga buah syarikat telah dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah $2,800 setelah didapati melakukan kesalahan di bawah Bab 12(1) Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian Pindaan 2021 kerana membuang sampah di tempat dan laluan awam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBBSB), di sini, kompaun berkenaan adalah hasil tindakan daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang (BPI) JBBSB semasa Operasi Bersih 12/2023 dan Operasi Bersih 13/2023 yang diadakan pada 21 hingga 26 Ogos lalu.
Individu-individu dan syarikat berkenaan dikehendaki menjelaskan kompaun masing-masing dalam tempoh tujuh hari.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Isnin.