BANDAR SERI BEGAWAN, 2 APRIL – Kementerian Pertahanan memaklumkan bahawa lebih kurang 10 buah jet pejuang jenis F-16 Fighting Falcon milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan akan membuat pendaratan di Negara Brunei Darussalam melalui Pangkalan Tentera Udara Rimba, esok.
Dalam kenyataan yang di-berikan, kementerian tersebut menjelaskan bahawa jet-jet pejuang berkenaan baru sahaja menamatkan eksesais di rantau ini dan mungkin membuat perhentian di negara ini untuk pengisian minyak pesawat sebelum meneruskan penerba-
ngan pada hari yang sama.
Kementerian Pertahanan juga menasihatkan orang ramai supaya tidak merasa cemas di sepanjang ketibaan dan pelepasan jet-jet pejuang itu sekiranya berlaku nanti.