Saturday, September 28, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan cemas, PPDB jalani latihan

    Oleh Sim Y. H. – 

    BELAIT, 25 SEPT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan mengadakan Latihan Mara Lasak di Daerah Belait pada 5 Oktober ini, bermula jam 8 malam hingga 11 malam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDB hari ini.

    Latihan tersebut akan dilaksanakan di Padang Kawad RU ‘A’ Belait dan kawasan perumahan Brunei Shell Petroleum, de-ngan jarak kira-kira 10 kilometer.

    Sehubungan itu, PPDB memaklumkan orang ramai dan penduduk yang tinggal berdekatan serta melalui jalan berkenaan supaya tidak merasa cemas sepanjang latihan berkenaan dijalankan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda