Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jangan cemas, PPDB jalani latihan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memaklumkan bahawa PPDB akan mengadakan Latihan Bersepadu Agensi-agensi Keselamatan pada 14 hingga 15 Februari dari pukul 10 malam hingga 4 pagi.

    Latihan bersepadu itu bermula dari kawasan Istana Darul Hana melalui Jalan Tumasek menuju ke Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

    Sehubungan dengan itu, PPDB ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak merasa cemas dan tidak menghampiri kawasan latihan berkenaan, yang mana akan menggunakan bahan letupan, bagi menggelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini sepanjang latihan berkenaan dijalankan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...