Wednesday, October 23, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan cemas semasa PPBD jalani latihan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan bahawa Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan mengadakan Latihan Akhir Kursus Asas Kawalan Keselamatan Peribadi Fasa 01/2024 bermula pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang pada 28 Oktober.

    Latihan berkenaan akan diadakan di beberapa kawasan termasuk Kawasan Ibu Pejabat Polis Gadong, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei BSB, The Empire Brunei Jerudong, Complex Aman Hills Kampung Manggis dan Complex One City Kampung Sungai Hanching.

    Sehubungan dengan itu, PPBD memaklumkan kepada orang ramai khususnya mereka yang tinggal berdekatan dan melalui jalan berkenaan supaya tidak merasa cemas semasa latihan itu dijalankan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda