WASHINGTON – Selepas Nord-strom mengeluarkan jenama fesyen Ivanka Trump, Presiden Donald Trump segera menulis dalam twiternya akan ketidak setujuannya. Sehari selepas itu, presiden itu telah menjadi sasaran buruk daripada Meghan McCain, marah dengan kritikan Trump mengenai bapanya, Senator Arizona, John McCain.
Keadaan yang berbeza, pengajaran yang sama: Jangan cuba permainkan bapa (ahli politik) dan anak-anak perempuan mereka.
Bagi Trump, terlibat dalam situasi Nordstorm itu mempunyai risiko. Tweet beliau menyatakan bahawa Ivanka telah dilayan dengan ‘tidak adil’, yang telah menarik kemarahan bagi pakar-pakar etika yang mempersoalkan penggunaan platform ulasan beliau mengenai perniagaan keluarga.
Segala urusan mengenai anak-anak beliau, Trump akan melindungi mereka.
Ivanka Trump belum mengulas lebih lanjut mengenai keadaan ini. Seseorang yang rapat dengan beliau berkata bahawa Ivanka tidak meminta ayahnya untuk melakukan itu dan cuba menjauhi isu tersebut kerana Ivanka sangat serius dan berjanji untuk tidak mencampurkan hal keluarga dengan perniagaannya.



Presiden mengulangi sokongannya kepada anak perempuan beliau dalam satu lagi tweet pada Sabtu lalu.
“Saya amat berbangga dengan anak perempuan saya Ivanka,” tulis beliau. “Dikecam dan dilayan begitu teruk oleh media, dia masih berjaya mengawalnya, beliau benar-benar menakjubkan!”
Keluarga Trump bukanlah satu duo bapa-anak perempuan yang menunjukkan sokongan antara satu dengan yang lain minggu lalu.
Meghan McCain pula membela ayahnya selepas Trump menyelar ahli parlimen Republikan itu di laman Twitter. Presiden itu menuduh McCain, seorang ahli veteran dan bekas tawanan perang, telah memberanikan musuh untuk mempertikaikan desakan pentadbiran bahawa misi maut tentera AS di Yaman adalah satu kejayaan.
Senator itu tidak memberi sebarang komen, namun anak perempuan McCain menulis dalam laman Twitter: “Trump tidak pernah berkhidmat. Ayah saya tidak dapat membengkokkan salah satu lututnya atau mengangkat salah satu tangannya di atas kepalanya. Saya berang dengan beliau hari ini.”
Ini hanyalah contoh-contoh terbaru bagi keluarga politik yang berlawan antara satu sama lain.
Sebelum Twitter boleh didapati, Presiden Harry Truman menyokong anak perempuannya dengan cara lama. Truman menghantar surat kemarahannya kepada pengkritik muzik Washington Post yang telah memberi komen yang kurang memberangsangkan terhadap salah satu konsert Margaret Truman.
Selepas konsert itu, Paul Hume menulis bahawa dia “tidak boleh menyanyi dengan baik.” Truman bertindak balas dengan menghantar satu nota kepada beliau di alat tulis Rumah Putih, bertarikh 6 Disember 1950, yang disifatkan sebagai “komen yang memburukkan.” Beliau menambah: “Suatu hari nanti saya berharap untuk bertemu dengan anda. Apabila ini berlaku anda memerlukan hidung baru atau mungkin penyokong dari bawah.!”


Katherine Jellison, ketua jabatan sejarah di Universiti Ohio, bertanya: “Jika Twitter telah wujud pada masa itu, adakah Harry Truman akan menujukan tweetnya kepada pengkritik itu, disamping penulisan surat?”
Baru-baru ini, Presiden Bill Clinton mempertahankan keputusan keluarganya untuk menghantar anak perempuannya, Chelsea Clinton, ke salah sebuah sekolah persendirian ketika berada di Rumah Putih.
Pada satu mesyuarat di dewan bandar pada tahun 1993, Clinton berkata anak perempuannya bukanlah “orang ternama. dia tidak suka untuk mendapatkan publisiti. Dan te-rus-terang, dia mempunyai banyak privasi dan dikawal dengan ketat terhadap keinginannya, jika dia ditempatkan di sekolah awam, beliau juga berminat untuk menghadirinya.”
Beberapa tahun kemudian, Chelsea Clinton memberikan sokongan senyap terhadap bapanya apabila ibu bapa beliau berada dalam kemuncak masalah perkahwinan pada tahun 1998. Gambar yang diambil menunjukkan Chelsea sedang berjalan dan memegang tangan kedua ibu bapanya. Bagi pandangan orang ramai, ia kelihatan Chelsea cuba untuk menyatukan keluarga itu semula.
Pada masa yang lalu, presiden telah menyokong anak-anak perempuan mereka dengan lebih senyap. Apabila Jenna dan Barbara Bush menarik perhatian dalam beberapa tajuk akhbar yang tidak diingini akibat isu minum di bawah umur semasa beliau masih lagi di Rumah Putih, Presiden George W. Bush tidak menunjukkan kekesalannya kepada umum.
Pada tahun 1944, Presiden Franklin Delano Roosevelt membuat ucapan kempennya yang telah menyelar serangan Republikan dimana beliau terpaksa menghantar pemusnah Tentera Laut untuk mengambil anjing beliau, Fala di Kepulauan Aleutian.
“Saya biasa untuk mendengar pembohongan yang berniat jahat mengenai diri saya,” kata Roosevelt.
“Tetapi saya fikir saya mempunyai hak untuk membenci, untuk membantah kenyataan berunsur fitnah mengenai anjing saya.” – AP