Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jangan hukum saya – Mak Wan

    Masih berhadapan masalah kurang tawaran lakonan, pelakon veteran, Mak Wan bukan mahu menagih simpati berikutan luahannya, sebaliknya hanya mahu diberikan peluang mencari sesuap rezeki buat kelangsungan hidup.

    Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimatussa’diah Mohd Daud, 62, berkata dia kini berniaga mi kari dan laksa bagi menampung perbelanjaan hariannya.

    “Tahun ini, saya ada menjayakan drama Restu yang disiarkan di platform iQiyi. Itu satu-satunya drama tahun ini, jadi kalau nak diikutkan sudah lebih kurang tiga bulan tak berlakon. Drama Restu saya buat sebelum Ramadan lalu.

    “Selepas drama Restu tiada lagi tawaran diterima. Sebelum ini, ada satu tawaran menjayakan iklan, itu sahaja. Kalau cerita lebih-lebih nanti orang tak percaya, anggap saya nak minta bantuan atau simpati, jadi saya berniaga sikit-sikit. Mana yang mampu, saya buat.

    “Ada ujian juga dalam berniaga, iyalah dalam usia 62 tahun nak berniaga kurang tenaga. Kadang-kadang cuaca tak mengizinkan, tapi saya kena akur cari duit belanja,” katanya kepada BH Online.

    Mak Wan ditemui pada program pemeriksaan kesihatan percuma yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia dan Amalmedik di Hotel Grand Barakah, kelmarin.

    Program itu memberikan tajaan pemeriksaan kesihatan dan rawatan secara percuma kepada 10 artis veteran.

    Terus meluahkan perasaan, Mak Wan yang menghidap masalah kencing manis, darah tinggi dan asma itu berkata, dia sedih apabila dipilih melalui ujian sebesar itu, justeru pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 memohon orang ramai tidak menghukumnya daripada kisah kontroversi sebelum ini. – Agensi

    Mak Wan mohon jasa baik produksi yang pernah bekerja dengannya memberikan peluang bekerja. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...