Wednesday, November 27, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Jangan kita terlalu seronok’

    Penyanyi Datuk Nora Arin menegur tindakan segelintir warganet yang seronok melihat pasangan bercerai sehingga menjadikan perkara itu sebagai bahan gurauan di media sosial.

    Kata Nora, tindakan mereka mempersendakan pasangan memilih untuk berpisah itu adalah tidak wajar kerana setiap orang berdepan pelbagai ujian dalam perkahwinan, kongsi mStar.

    “Jangan kita terlalu seronok, bertepuk tangan melihat orang bercerai-berai sebab kita pun tak tahu hal sebenar,” katanya.

    Nora berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya baru-baru ini.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Di Persimpangan Delima ini turut memberitahu setiap yang berlaku adalah takdir ditentukan oleh Allah SWT dan manusia tidak tahu bagaimana nasib mereka satu hari nanti.

    “Kita juga tidak tahu perancangan Allah dan nasib kita di kemudian hari,” ujarnya.

    Pada 12 Ogos lalu, suami Nora iaitu Dr Rushdi Ramli menceraikannya dengan talak satu menerusi sebuah rakaman video berdurasi 52 saat.

    Malah selepas video berkenaan dikecam ramai, Nora sempat membela bekas suami dan memaklumkan penceraian itu bukanlah atas kehendak suaminya sebaliknya mengikut arahan seseorang. – Agensi

    Nora menasihatkan masyarakat untuk tidak bergembira atas penceraian orang lain. – Hmetro
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda