KOTA KINABALU, 7 Ogos – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini mengingatkan semua penjawat awam agar tidak sekali-kali berkongsi sebarang maklumat atau dokumen sulit kerajaan di media sosial. Beliau berkata penjawat awam terikat dengan Akta Rahsia Rasmi oleh itu hendaklah sentiasa bertanggungjawab menyimpan rahsia sulit kerajaan dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam