Wednesday, April 2, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan mudah percaya

    Pelakon, Noorkhiriah, mendedahkan pernah menarik diri daripada program umrah anjuran sebuah agensi pengelola ibadat itu kerana enggan terkait dalam masalah dalaman syarikat berkenaan.

    Noorkhirah atau nama lengkapnya Noorkhiriah Ahmad Shapie mendakwa, dia berbuat demikian selepas mendapati wujud masalah dalam pengurusan agensi terbabit, sekali gus enggan dibebani kesulitan mungkin berlaku pada kemudian hari.

    Pemenang tiga kali berturut-turut trofi Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) itu berkata, dia percaya ada hikmah di sebalik insiden berkenaan.

    “Saya tidak kecewa dengan apa yang berlaku. Ternyata, Tuhan memberikan rezeki lain kepada saya apabila sekali lagi ditawarkan untuk menunaikan umrah. InsyaAllah, saya akan berangkat ke Tanah Suci Makkah, Disember depan. Lebih menggembirakan, kali ini saya berpeluang untuk membawa suami dan anak bersama-sama,” katanya pada sidang media pelantikan dirinya, Azhan Rani dan Azadan Rabbani sebagai ikon umrah De Hearty, baru-baru ini.

    Pelakon drama rantaian, Nur dan Nur 2, itu turut menggesa semua pihak supaya lebih berhati-hati apabila berurusan dengan mana-mana agensi umrah.

    “Paling utama, jangan lekas percaya jika harga ditawarkan sangat murah. Ada agensi yang menawarkan pakej serendah RM3,000. Jadi, bagi mengelakkan masalah timbul pada kemudian hari, seelok-eloknya kita kena siasat terlebih dahulu,” katanya. – Agensi

    Pemenang tiga kali berturut-turut trofi Artis Komedi Wanita Popular ABPBH itu berkata, dia percaya ada hikmah di sebalik insiden berkenaan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda