Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan mudah percaya, sebar maklumat tidak rasmi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Jabatan Perdana Menteri ingin menasihatkan dan mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah percaya apabila menerima maklumat melalui sumber-sumber tidak rasmi terutamanya melalui aplikasi media sosial seperti Whatsapp.

    Di samping itu, orang ramai juga turut dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih dan palsu.

    Sehubungan dengan itu, sebarang maklumat rasmi mengenai Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta akan dimuatnaik melalui laman sesawang rasmi, www.HMjubliemas.gov.bn dan melalui aplikasi – media sosial Facebook, Instagram dan Twitter iaitu @HMjubliemas.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda