Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Jangan mudah terpedaya tawaran palsu

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Dengan penipuan dalam talian terutamanya phishing, yang semakin menjadi trend dan berleluasa masa kini, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memaklumkan dan memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran menarik seperti cabutan bertuah dan sebagainya.

    Tawaran-tawaran palsu daripada pihak yang tidak bertanggungjawab adalah antara cara mereka untuk mendapatkan maklumat peribadi mangsa.

    Sehubungan itu, PPDB dalam kenyataannya menekankan bahawa kerajaan tidak akan menawarkan sebarang bantuan kepada orang ramai melalui media sosial.

    PPDB mengingatkan dan menasihatkan kepada orang awam agar tidak menjadi mangsa kepada penipuan phishing website dengan mengambil langkah berjaga-jaga seperti tidak mendedahkan sebarang maklumat perbankan seperti nombor telefon bimbit, kad ATM, PIN, kata laluan dan sebagainya kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali atau bukan atas permintaan.

    Elakkan membuka sebarang pautan yang mencurigakan dalam mana-mana aplikasi media sosial dan membuat pemeriksaan dan kepastian daripada jabatan-jabatan atau agensi-agensi yang relevan atau berkenaan mengenai tawaran-tawaran yang diiklankan.

    PPDB menyeru orang ramai agar tidak mengendahkan mana-mana tawaran atau bantuan sepertinya dan mengingatkan ahli-ahli keluarga dan teman-teman untuk menghindarinya.

    Pihak polis menyarankan orang ramai agar dapat bekerjasama dan memberikan apa jua jenis maklumat dengan mengongsikan ke talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan serta boleh disalurkan melalui e-mel, laman sesawang PPDB, www.polis.gov.bn ataupun Instagram @upa.ppdb.

    GAMBAR FREEPIK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...