Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan pandang ringan isu scammer

    Seiring perkembangan zaman, perkembangan teknologi semakin pesat dan kini telah memberi perubahan dalam kehidupan seharian.

    Bagaimanapun, perkembangan ini juga datangnya dengan jenayah siber yang semakin berleluasa tidak kira dalam mahupun luar negara.

    Apa yang menyedihkan lagi, bagi mangsa yang terjerumus dengan janji-janji manis scammer terpaksa berputih mata akibat kehilangan beratus-ratus dolar malahan ada yang mencecah ribuan dolar.

    Isu penipuan siber atau scam ini bukanlah satu isu yang boleh dipandang ringan. Mungkin kita yang celik IT akan mudah berasa was-was dengan hal-hal siber ini, namun bagaimana pula dengan warga emas atau kanak-kanak? Memang tidak dinafikan telah banyak diuar-uarkan oleh pihak kerajaan atau agensi relevan mengenai penipuan siber ini, namun semakin banyak maklumat diberikan semakin bijak pula para scammer mencari jalan melakukan penipuan.

    Baru-baru ini saja, di negara kita apa yang jelas dilihat semakin banyak para peniaga yang terdiri daripada scammer membuat promosi luar biasa yang mampu menarik pelanggan yang melihatnya. Sebagai contoh penjual yang menjual basikal elektrik dengan harga yang jauh lebih murah dari di kedai.

    Dengan menggunakan nombor telefon tempatan walhal sebenarnya orang luar, boleh saja sesetengah orang mempercayainya kerana dianggap penjual adalah orang tempatan, namun sebenarnya hanya untuk mengaburi mata sesiapa yang melihat iklan yang ditawarkan.

    Justeru, pihak kerajaan sudah menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan penipuan siber ini, jadi kita sebagai pengguna perlu menyahut seruan kerajaan dan sama-sama melindungi diri daripada penipuan siber ini. Kawal penggunaan telefon bimbit atau gajet anak-anak kita dan nasihati ibu bapa kita agar jangan mudah percaya dengan penipuan ini.

    Ali

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda