‘Jangan panggil saya Kalar’

YANGON, 11 JUN – Aktivis Myanmar yang mendapat inspirasi daripada pergerakan Black Lives Matter (BLM) melancarkan kempen antiperkauman mereka sendiri dalam sebuah negara di mana ramai penduduk Islam dan orang berketurunan India merasa seperti orang luar.

Myanmar yang didominasi penganut Buddha secara rasminya terdiri daripada 135 kumpulan etnik, namun ramai yang merasakan diketepikan oleh etnik dominan, Bamar. Kempen ‘Jangan Panggil Saya Kalar’ dilancarkan di Facebook yang mana Kalar adalah terma sejarah bagi merujuk kepada orang-orang dari sub-benua India, namun hari ini sering kali digunakan sebagai perkataan untuk menghina.

Ia menyemarakkan kebencian terhadap Rohingya, minoriti Muslim yang sudah lama diseksa dan diharamkan daripada kewarganegaraan serta diusir keluar oleh tentera.

Namun terma itu juga digunakan terhadap minoriti lain yang diterima, khususnya mereka yang berkulit gelap. Zay Linn Mon dan rakan-rakannya memulakan kempen di Facebook selepas melihat protes BLM memuncak di seluruh dunia susulan pembunuhan seorang lelaki kulit hitam tidak bersenjata di Amerika Syarikat.

Lelaki berusia 24 tahun memakai turban Sikh itu menerangkan bagaimana di dalam talian, orang di negara itu menggunakan perkataan—sama maksud dengan orang yang suka campur urusan orang lain atau penceroboh—terhadapnya, mengatakan dia tidak layak menjadi orang Myanmar. – AFP

Gambar fail seorang budak memangku anak damit di Aung Mingalar ketika Rohingya Muslim meraikan Aidilfitri baru-baru ini di Sittwe, Rakhine. Aktivis Myanmar mendapat inspirasi daripada Pergerakan BLM melancarkan kempen antiperkauman sendiri di negara itu dengan moto ‘Jangan Panggil Saya Kalar.’ – AFP