Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan panik, sabar tunggu giliran vaksinasi

    Alhamdulillah, vaksinasi negara ini berjalan lancar dan tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana setakat ini, vaksinasi hampir mencecah 50 peratus penduduk, lebih pantas daripada yang dijangkakan.

    Dengan penularan gelombang baharu COVID-19, orang ramai semakin mengambil kesempatan untuk mendapatkan vaksinasi agar mereka lebih dilindungi. Namun dengan pengumuman mengenai tiada suntikan bagi penerima dos pertama mulai awal bulan September, tidak mustahil akan mengundang panik di kalangan orang ramai. Perkara ini perlu dilihat dengan pemikiran lebih terbuka, kebanyakan negara-negara lain juga masih tidak menerima sepenuhnya dos vaksin yang diinginkan. Dan rakyat negara ini perlu bersabar berdepan masalah kekurangan vaksin ini.

    Apa yang penting, amalkan segala yang diperlukan untuk cuba mengelak daripada dijangkiti seperti elakkan perhimpunan ramai, guna pelitup muka, jarak fizikal dan sentiasa sanitasi serta doa agar negara terhindar daripada terus dibelenggu jangkitan ini.

    Usaha dan Tawakal

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda