Friday, March 24, 2023
28 C
Brunei

-

Jangan salah guna parkir OKU

Jika ingin menjadi pengguna yang baik, rasanya ramai yang bersetuju bahawa antara perkara yang perlu kita lakukan ialah menunjukkan keprihatinan terhadap hal-hal berkaitan dengan orang kelainan upaya (OKU).

Antara isu yang kerap dipandang mudah ialah salah guna kemudahan tempat letak kenderaan khas untuk OKU yang disediakan di kebanyakan tempat dan premis.

Hal ini sering sahaja terjadi di mana orang normal tidak menghormati perkara ini, dan menyalahgunakan ruang berkenaan untuk kepentingan sendiri dengan meletakkan kenderaan mereka di ruang khas berkenaan.

Ini bukanlah suatu perkara baharu, awda sendiri juga mungkin pernah melihat pengguna seperti ini.

Ruang berkenaan disediakan khas untuk memudahkan OKU.

Walaupun ada masanya ia kosong, pengguna selain daripada OKU tidak berhak untuk meletakkan kenderaan di sana kerana kita tidak tahu bila pemandu atau penumpang OKU akan memerlukan ruang tersebut.

Timbul persoalan kenapa orang normal meletakkan kenderaan di tempat tersebut? Adakah kerana gagas, tidak prihatin atau sengaja?

Apa pun alasan mereka, sebagai rakyat yang diterapkan nilai-nilai baik dari kecil sehinggalah dewasa, kita hendaklah jadi pengguna yang bertanggungjawab dan ikuti peraturan yang telah ditetapkan, permudahkanlah urusan OKU.

Bagi pengguna yang sihat atau bukan OKU janganlah mengada-ngada meletakkan kenderaan di ruang khas untuk OKU ini.

Awang Rahim

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -