Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Jangan salah guna status OKU

    Pada 21 Disember 2022, ruangan Pendapat Pembaca ini menyiarkan satu surat pembaca bertajuk Jangan salah guna letak kereta OKU oleh Zaleha.

    Dalam surat pembaca berkenaan, penulis cuba membangkitkan isu agar tidak menyalahgunakan letak kereta OKU. Ini kerana penulis itu mendapati sesetengah masyarakat di negara ini kurang menghormati hak bagi golongan OKU.

    Walau bagaimanapun, saya ingin mengutarakan cara pemanduan golongan OKU ini. Baru-baru ini, saya ke Bandarku Ceria bersama rakan. Seperti yang kita ketahui, semasa program BKC ini, beberapa laluan akan ditutup bagi memudahkan orang ramai untuk beriadah dan berniaga.

    Namun, adakah status OKU ini boleh dikecualikan daripada memandu secara berbahaya di kawasan awam? Ini kerana saya dan rakan saya nyaris dilanggar pemandu OKU yang tidak bertanggungjawab dan memandu secara laju. Walhal kami sudah berada di tengah jalan ketika melintasi jalan namun pemandu itu tidak menghiraukan keberadaan kami.

    Bergegas? Takut tidak dapat letak kereta? Jangan salah gunakan status OKU awda untuk membahayakan orang lain. Memandu secara berbahaya begitu bukan sahaja memburukkan diri sendiri, malah mencalarkan nama golongan OKU lain.

    Sehubungan itu, sebagai pengguna jalan tidak kira golongan OKU mahupun bukan, perlulah berhemah dan tidak mementingkan diri sendiri.

    Zaf

    Kongsi penulis, beliau nyaris dilanggar oleh pemandu dari golongan OKU semasa berkunjung ke BKC, baru-baru ini. – Gambar hiasan

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...