Thursday, May 15, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan sambil lewa pemeriksaan berkala

    HAMIL bukanlah suatu perkara yang boleh diambil mudah. Baik dari segi penjagaan kesihatan hinggalah pemeriksaan berkala, semuanya perlu dilakukan secara rutin kerana ia membabitkan dua nyawa.

    Kesihatan si ibu dan juga anak damit di dalam kandungan, kedua-duanya perlu diberikan perhatian khusus bagi memastikan perkembangan kandungan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

    Walaupun ia bukanlah pengalaman hamil anak pertama, pemeriksaan berkala masih perlu dijalankan secara teratur dan seboleh-bolehnya di klinik atau hospital yang sama.

    Menurut Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, pemeriksaan berkala ketika hamil seperti ukuran berat badan, tekanan darah, kesihatan gigi dan payudara amat penting dan tidak boleh diabaikan.

    Menurutnya, setiap ibu hamil perlu menjalani saringan kesihatan secara rutin bagi mengelak pelbagai risiko yang mungkin terjadi ketika hamil atau melahirkan.

    Menurut Dr Muhammad Izzat, setiap klinik atau hospital mempunyai pelan perawatan berbeza mengikut polisi masing-masing dan sekiranya pesakit bertukar-tukar tempat rawatan atau pemeriksaan, ia akan menyusahkan dan menimbulkan kekeliruan kepada pegawai perubatan. – Gambar hiasan
    Menurut Dr Muhammad Izzat bahawa pelbagai komplikasi akan timbul sekiranya si ibu tidak menjalankan pemeriksaan berjadual dengan teratur termasuk tidak mengambil vitamin diperlukan untuk perkembangan anak damit. – Gambar hiasan

    Malah ia juga cara yang membolehkan doktor memantau perkembangan janin dalam kandungan dan sejurus selepas anak damit dilahirkan.

    “Dalam setiap kali pemeriksaan bulanan, si ibu akan diberikan pendidikan kesihatan bersesuaian dengan tahap kehamilan termasuk penerangan terperinci mengenai kepentingan pemberian susu ibu.

    “Nasihat pemakanan juga diberikan untuk menjamin janin dapat membesar dengan sihat dan mendapat cukup nutrisi yang diperlukan,” katanya.

    Dr Muhammad Izzat berkata, tunjuk ajar juga diberikan dalam aspek penjagaan emosi ketika hamil dan selepas melahirkan anak damit, penjagaan kebersihan diri juga senaman antenatal.

    “Semua perkara itu amat penting kepada setiap ibu hamil tidak kiralah ibu terbabit hamil anak pertama atau seterusnya.

    “Pemeriksaan secara berkala ini juga dapat membantu mengesan sebarang masalah kesihatan ibu dan anak damit supaya ia boleh dirujuk kepada pakar secepat mungkin,” ujarnya.

    Katanya, kebiasaannya pelbagai komplikasi akan timbul sekiranya si ibu tidak menjalankan pemeriksaan berjadual dengan teratur termasuk tidak mengambil vitamin diperlukan untuk perkembangan anak damit.

    Ibu hamil perlu lebih peka

    Menurut Dr Muhammad Izzat, setiap ibu hamil perlu peka kepada sebarang tanda bahaya ketika hamil dan perkara itu perlu dimaklumkan kepada doktor atau pegawai perubatan ketika pemeriksaan dijalankan.

    “Pemeriksaan bulanan itu bukan hanya tertumpu kepada pemeriksaan terhadap si ibu dan kandungan tetapi pada masa sama ia masa terbaik untuk si ibu bertanyakan apa saja masalah atau kemusykilan berkaitan kehamilan.

    “Setiap hasil pemeriksaan sama ada fizikal atau ujian imbasan bunyi akan dijelaskan kepada si ibu supaya lebih jelas dan peka dengan keadaan dirinya,” katanya.

    Jangan mengamalkan sikap sambil lewa dengan menjalani pemeriksaan di mana-mana saja klinik atau hospital. – Gambar hiasan
    Walaupun ia bukanlah pengalaman hamil anak pertama, pemeriksaan berkala masih perlu dijalankan secara teratur dan seboleh-bolehnya di klinik atau hospital yang sama. Setiap ibu hamil perlu menjalani saringan kesihatan secara rutin bagi mengelak pelbagai risiko yang mungkin terjadi ketika hamil atau melahirkan. – Gambar hiasan

    Menurutnya, ubat-ubatan dan vitamin juga akan diberikan kepada si ibu setiap kali temu janji pemeriksaan dan ia perlu dimakan mengikut sukatan.

    “Jangan sesekali mengabaikan aspek pengambilan asid folik kerana ia memberi pengaruh besar dalam pembentukan janin juga tahap kesihatan ibu.

    “Saringan kesihatan seperti minum air gula untuk melihat sama ada si ibu mempunyai kencing manis ketika hamil juga amat penting bagi mengelak sebarang masalah kesihatan dan ia perlu dilakukan mengikut saranan doktor,” ujarnya.

    Pemeriksaan di tempat sama

    Dr Muhammad Izzat berkata, setiap ibu hamil juga disarankan menjalani pemeriksaan antenatal di tempat yang sama.

    “Rekod pesakit lazimnya disimpan dengan lengkap di sesebuah klinik atau hospital lebih-lebih lagi di hospital atau klinik yang masih menggunakan sistem manual atau bertulis.

    “Doktor dan jururawat perlu melihat kembali sejarah pesakit atau masalah dialami pesakit sebelum memberikan rawatan. Rekod pesakit itu amat penting bagi mengelak doktor terlepas pandang mengenai sebarang perkara penting,” katanya.

    Menurut Dr Muhammad Izzat, setiap klinik atau hospital mempunyai pelan perawatan berbeza mengikut polisi masing-masing dan sekiranya pesakit bertukar-tukar tempat rawatan atau pemeriksaan, ia akan menyusahkan dan menimbulkan kekeliruan kepada pegawai perubatan.

    “Lazimnya, klinik atau hospital yang menjadi pilihan ibu hamil untuk menjalani pemeriksaan adalah yang terdekat dengan tempat tinggal atau pejabat.

    “Tidak kira di mana pun tempat pemeriksaan dilakukan, pilihlah yang terbaik dan ikutlah jadual temu janji setiap minggu atau bulan,” ujarnya.

    Katanya, jangan mengamalkan sikap sambil lewa dengan menjalani pemeriksaan di mana-mana saja klinik atau hospital kerana ia bakal menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan doktor yang merawat.

    “Sepanjang tempoh kehamilan, rekod kesihatan yang lengkap dan teratur amat penting kerana ia akan menjadi rujukan kepada doktor yang akan menyambut kelahiran anak damit anda.

    “Mungkin perkara ini dianggap remeh tetapi percayalah ia memberi pelbagai kesan dan kemungkinan sekiranya tidak dilakukan dengan betul terutama bagi kes yang ada komplikasi bersalin pada saat akhir,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/