Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Jangan sebar maklumat tidak betul, siasat dahulu

    Merujuk kepada perkongsian pendapat dari akhbar Borneo Bulletin keluaran 6 Januari 2024 yang menyeru para pendaki agar menghormati ayat-ayat suci Al-Quran yang dicetak pada kertas sebagai penanda laluan.

    Di sini, pihak kami dari Majlis Perundingan Kampung (MPK) Subok juga ingin menyampaikan maklum balas kepada orang ramai bahawa kami amat menghargai keprihatinan pihak berkenaan, namun kami tekankan bahawa perkara tersebut bukan terjadi di bukit Subok.

    Untuk pengetahuan, MPK Bahagian Pengawas Kebersihan dan Kesejahteraan kawasan taman bukit berkenaan, sering kali membuat pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan kawasan tersebut dalam keadaan selamat setiap masa untuk digunakan oleh para pendaki.

    Selama MPK bahagian berkenaan membuat pemantauan, tidak ada sebarang kertas berbentuk penanda daripada ayat suci Al-Quran ditemui. Sampah sarap juga telah dibersihkan seperti yang selalu dilakukan oleh ahli Jawatankuasa (AJK) MPK yang telah diberikan tugas untuk membuat pemeriksaan dan pembersihan kawasan.

    Besar kemungkinan perkara tersebut ditemui di kawasan lain berdasarkan tiada bukti kukuh menunjukkan di mana kertas tersebut dijumpai.

    Kami selaku MPK Kampung Subok akan bertanggungjawab jika perkara seperti yang dilaporkan benar terjadi dan akan sentiasa membuat pemantauan berterusan.

    MPK Kampung Subok

    Gambar serahan pendaki

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...