Friday, September 20, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan sesuka hati guna gambar mata wang Brunei

    Gambar fail

    Oleh Nurdiyanah R.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN 14 OGOS – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) telah mengambil perhatian mengenai beberapa gambar yang mengandungi reka bentuk mata wang Negara Brunei Darussalam yang telah dikelilingkan melalui pesanan ringkas dan media sosial di negara ini.

    Sehubungan itu, BDCB mengingatkan orang ramai bahawa membuat, menjual, mengeluarkan, atau mengedarkan apa jua barangan atau produk yang mempunyai gambar mata wang dan duit syiling Negara Brunei Darussalam dalam apa jua saiz, skala ataupun warna, termasuk penggunaannya dalam sebarang iklan, tanpa kebenaran BDCB merupakan satu kesalahan di bawah Bab 21 (1), Perintah Mata Wang, 2004.

    Bab itu juga menyatakan bahawa tidak ada seseorang pun boleh, kecuali dengan kebenaran BDCB, mengimport, membuat, menjual dan mengedar apa-apa barang atau hasil yang menyerupai reka bentuk atau sebahagian daripada reka bentuk yang digunakan pada mata wang atau duit syiling Negara Brunei Darussalam.

    Kesalahan berkenaan boleh membawa kepada hukuman denda, atau penjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun, atau kedua-duanya sekali.

    Oleh yang demikian, BDCB komited untuk mengekalkan kualiti dan menegakkan integriti mata wang dan duit syiling Negara Brunei Darussalam dalam edaran dan untuk menjaga sistem kewangan dan monetari domestik.

    Sebarang maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang BDCB www.bdcb.gov.bn atau melalui akaun Instagram BDCB @centralbank.brunei.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda