Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan takut buat kesalahan – Syafinaz

    Penyanyi Datuk Syafinaz Selamat menyifatkan kritikan dilemparkan terhadap persembahannya menerusi Konsert Ini Baru Bintang di TV1 pada malam Sabtu lalu adalah bukti dia juga tidak lepas melakukan kesilapan.

    Syafinaz, 50, berkata, biarpun dia merupakan seorang guru vokal namun itu bukan bererti dia mampu memberikan persembahan sempurna di mata penonton.

    “Jadi manusia perlu sempurna dalam semua perkara? Pada akhirnya kita tetap manusia yang tak sempurna dan selalu cenderung melakukan kesilapan.

    “Jangan takut buat kesalahan sebab kita juga manusia biasa,” katanya kepada mStar.

    Syafinaz mengulas perkara itu menerusi sidang media selepas konsert minggu kelima All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad lalu.

    Syafinaz tidak takut persembahannya dikecam. – nona.my

    Penyanyi lagu Ingin Bersamamu itu turut bertindak sebagai juri program berkenaan bersama Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.

    Dalam pada itu, Syafinaz berkata, dia sentiasa terbuka terhadap kritikan bagi memperbaiki dirinya untuk memberikan persembahan lebih baik pada masa depan.

    “Pada saya muzik itu besar. Terpulang jika suka, ada yang tidak suka, terlalu subjektif untuk dinilai.

    “Saya ok dengan apa jua kritikan, ini (kritikan) bukanlah perkara baharu dalam perjalanan karier seni saya.

    “Kalau saya rasa komen itu betul, saya akan ambil dan perbaiki diri. Saya nilai diri saya sendiri malah sedaya upaya perbaiki mana yang boleh,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda