KUCHING, 28 SEPT – Penjawat awam di Sarawak tidak boleh teragak-agak untuk memberi nasihat kepada menteri di negeri itu terutama yang membabitkan perkara dasar. Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata penjawat awam adalah golongan yang bekerja di lapangan dan pandangan mereka penting dalam merangka dasar atau membuat keputusan baharu bagi pihak kerajaan.