Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Jangan terpedaya agensi tipu visa haji 

    KUCHING, 30 MEI – Rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji diharap tidak terperdaya dengan agensi-agensi tertentu yang mendakwa mampu mengeluarkan visa atau permit haji.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, ini kerana di Malaysia hanya terdapat dua pihak yang mampu mengeluarkan visa haji iaitu Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur. 

    “Tidak ada badan-badan atau agensi malah badan bukan kerajaan (NGO) lain yang boleh keluarkan visa haji.

    “Ini penting untuk dimaklumkan kerana kita tidak mahu ada mana-mana pihak yang betul-betul ingin menunaikan haji ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan keberangkatan jemaah haji negeri Sarawak, hari ini.

    Majlis yang meraikan 142 orang bakal haji itu turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Jaafar.

    Sementara itu Mohd Na’im berharap rakyat Malaysia tidak menggunakan visa pelancongan atau umrah untuk menunaikan ibadah haji.

    “Kerajaan Arab Saudi akan mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang ini (tiada visa haji) termasuk dikenakan denda SAR10,000.

    Mereka juga akan ditahan sementara dan dihantar pulang ke negara asal,” katanya. – Bernama 

    Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika berucap pada majlis Jalinan Aidilfitri Bersama Asnaf MAIWP di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 30 April lalu. Tiada institusi lain keluarkan visa haji selain TH dan Kedutaan Arab Saudi, menurutnya. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Rombongan pelajar sertai program STEM di Kuching

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV -...

    Sibu Jaya Motocross Track Day 2025 meriah

    SIBU JAYA, 20 NOV – Pasukan dari Brunei Darussalam...

    Mahkamah kekalkan hukuman mati bapa hentak anak damit OKU

    KUCHING, 19 NOV - Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan...

    Pemegang tiket Piala Dunia 2026 diberi keutamaan temu janji visa AS

    WASHINGTON, 18 NOV – Pemegang tiket Piala Dunia 2026...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...