Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan terpedaya skim penipuan guna nama, gambar kerabat diraja

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Orang ramai diingatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan penipuan dalam talian yang melibatkan tawaran bantuan kewangan dan Royal Membership Card palsu melalui platform media sosial, khususnya Facebook.

    Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan hari ini menyatakan penjenayah dikesan menggunakan nama dan imej kerabat diraja untuk memperdaya mangsa dengan menjanjikan ganjaran kewangan, hadiah serta kerakyatan yang tidak wujud.

    Modus operandi yang digunakan termasuk meminta mangsa membuat bayaran pendahuluan ke akaun bank yang tidak dikenali sebagai ‘syarat’ untuk menerima ganjaran yang dijanjikan.

    BSJS menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi sebarang maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali dalam talian serta segera melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak berkuasa.

    Dalam masa yang sama, masyarakat juga digesa untuk saling mengingatkan ahli keluarga agar sentiasa berwaspada, terutamanya golongan yang kurang celik teknologi, supaya tidak menjadi mangsa penipuan siber yang semakin canggih dari semasa ke semasa.

    GAMBAR PPDB

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda