Monday, October 7, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan terpedaya taktik penipuan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – BIBD ingin memberikan amaran kepada orang ramai mengenai peningkatan terkini dalam penipuan panggilan telefon automatik yang menyasarkan individu-individu di negara ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD, penipuan ini biasanya melibatkan panggilan suara automatik yang mendakwa bahawa nombor telefon penerima mengalami masalah dan akan ditamatkan dalam masa satu jam. Mesej tersebut kemudian mengarahkan penerima untuk menekan ‘1’ bagi mendapatkan bantuan.

    BIBD menggesa orang ramai agar berhati-hati apabila menerima panggilan sedemikian dan tidak melayan arahan yang diberikan oleh mesej automatik tersebut.

    BIBD turut menasihatkan bahawa sekiranya awda menerima panggilan yang mencurigakan, pastikan tidak menekan sebarang nombor atau mengikuti sebarang arahan dan segera tutup panggilan.

    Selain itu, jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti maklumat akaun bank, PIN, kata laluan, atau maklumat sensitif lain melalui telefon. Awda juga perlu berwaspada terhadap taktik serupa melalui mesej teks atau emel, dan jika ragu-ragu, sentiasa sahkan sumber tersebut secara langsung.

    Skim penipuan ini adalah trend penipuan yang mengeksploitasi teknologi untuk menyasarkan mangsa tanpa disedari. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan BIBD untuk melindungi pelanggannya, BIBD komited bagi meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai penipuan dalam talian, seperti penipuan panggilan suara automatik, melalui pelbagai saluran untuk memastikan orang ramai sentiasa maklum tentang taktik penipuan yang terkini.

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda