Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Jangan tunjuk kegagahan!

    Semenjak negara kita dilaporkan dengan kes baharu jangkitan tempatan pada 7 Ogos lalu, Kementerian Kesihatan telah menyeru dan memberikan penekanan kepada orang ramai terhadap kepentingan penjagaan kesihatan seperti memakai pelitup muka, menggunakan pensanitasi tangan, penjarakan fizikal, mengaktifkan aplikasi BruHealth dan sebagainya.

    Dalam masa yang sama Kementerian Kesihatan juga menyarankan untuk tetap berada di rumah kecuali sebab-sebab tertentu untuk keluar rumah seperti membeli barang keperluan di kedai-kedai. Meskipun perintah ini diwar-warkan di mana-mana, namun sesetengah masyarakat masih ada yang kurang mengambil berat terhadap perkara tersebut.

    Baru-baru ini, saya terpaksa membatalkan niat saya untuk pergi ke kedai di kampung saya kerana kecuaian seorang pelanggan lain yang tidak mengimbas kod QR sebelum memasuki kedai. Dengan selamba dan tidak merasa bersalah memasuki kedai seperti tiada sebarang penularan wabak berlaku.

    Apa yang saya puji adalah tindakan pekerja kedai tersebut menegur pelanggan itu namun teguran beliau seperti angin dan diendahkan begitu saja.

    Terdapat beberapa perkongsian di laman media sosial yang saya jumpai juga, kes yang sama seperti saya hadapi, para pelanggan memasuki kedai tanpa mengimbas kod BruHealth mereka. Malah lebih parah lagi, salah satu perkongsian tersebut terdapat seorang pelanggan dalam keadaan kod berwarna merah masih bebas berjalan ke sana sini.

    Mengapa segelintir penduduk masih ego dengan perintah kerajaan? Sedangkan perintah tersebut tidak sukar dan hasilnya untuk kebaikan bersama. Kononnya menyuarakan semangat sama-sama membendung penularan wabak di negara ini. Tetapi kenapa masih juga melanggar perintah. Apa yang perlu kita lakukan mematuhi arahan dan jangan hanya lebih kepada percakapan saja tetapi tidak mengamalkannya.

    Mulia

    Sesetengah orang masih kurang mengambil berat terhadap pengimbasan kod QR BruHealth ketika memasuki mana-mana bangunan kerajaan atau gedung-gedung membeli belah.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kanada tegaskan perlu ‘kehadiran diplomatik kuat’ di India

    NEW DELHI, 4 OKT - Kanada kelmarin menegaskan keperluan untuk mempunyai kehadiran diplomatik yang kukuh di India selepas muncul laporan bahawa kerajaan India mahu...