Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Jangantah asyik meminta-minta

    Jika kita layari media sosial khususnya Facebook, hampir setiap hari kita akan terbaca kisah sedih orang yang kurang bernasib baik meminta pertolongan wang ringgit daripada orang ramai.

    Kadang-kadang saya turut rasa bersimpati dengan keadaan sang peminta tersebut. Tetapi, tidaklah sehingga saya menghulurkan bantuan, hanya sekadar mendoakan urusan hariannya dipermudahkan sahaja.

    Ini kerana bukannya saya mahu mengatakan perkara tersebut adalah palsu. Mungkin, orang yang meminta-minta itu betul-betul berada dalam kesusahan. Tetapi, boleh jadi juga dia mempunyai masalah ‘M’ iaitu malas. Malas untuk bekerja, malas untuk berusaha, malas untuk berikhtiar mencari jalan keluar daripada permasalahan hidup. Bermacam-macam lagi masalah M yang awda boleh fikirkan. Pokoknya, untuk mendapatkan wang, harus bekerja.

    Ia tidak jatuh dari langit.

    Mahu tak mahu, wajib berusaha, bukannya dengan cara meminta-minta daripada orang lain. Sikit atau banyak itu, rezeki masing-masing, yang penting, harus membanting tulang empat kerat untuk mencari rezeki. Nya urang, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

    Pesanan saya, urus hidup sebaik-baiknya. Potong kad kredit, hentikan langganan Netflix, tinggalkan tabiat merokok, mulakan menabung untuk membeli peralatan yang mahal, makan di rumah, dan berazam untuk tidak kembali kepada tabiat hidup lama.

    Akhir sekali, saya doakan tuan-tuan dan puan-puan yang sering meminta-minta di Facebook Group supaya diberikan jalan keluar daripada permasalahan seharian yang dihadapi. Amin.

    Lebih bersimpati kepada diri sendiri

    Berkarih berjarih mencari rezeki, lebih afdal daripada meminta-minta.
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...