Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Janggal disapa ‘puan’, baru sedar rupanya dah kahwin

    Penyanyi Malaysia, Nabila Razali yang sudah menjadi isteri orang telah mengakui berasa janggal apabila disapa dengan gelaran puan ketika bertemu dengan orang ramai.

    Cerita Nabila atau Nabila Mohd Razali, 31, momen awkward itu berlaku semasa dia diundang membuat persembahan di Universiti Sains Malaysia (USM), baru-baru ini.

    “Bila saya dipanggil puan, pada mulanya saya agak terkejut. Saya tanya kembali, kenapa panggil puan?

    “Kemudian orang tersebut memaklumkan yang saya telah berkahwin. Barulah saya sedar,” katanya kepada mStar.

    Nabila berkongsi perkara itu semasa pelancaran single terbaharu berjudul Hanya Kamu dan kolaborasi tudung bersama jenama Nada.

    Nabila tersenyum malu kongsi pengalaman diri selepas bergelar isteri. – Agensi

    Dalam masa sama, penyanyi lagu Peluang Kedua itu turut mendedahkan tidak ada lagi peminat menegurnya dengan gaya tangan cumi-cumi (mini love).

    “Dulu ramai lelaki akan tegur saya dengan tangan cumi-cumi.

    “Tetapi bila saya berkahwin, tidak lagi tegur seperti itu.

    “Mereka sekarang pun berasa segan untuk tegur saya,” ujarnya.

    Ditanya kehidupan hariannya sebagai isteri, Nabila berkata sehingga kini dia masih belum berkesempatan untuk memasak buat Nik Iruwan memandangkan jadual kerja yang padat. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...